Cameron Valley @ Bharat Tea Plantation
Antara tempat wajib pergi setiap kali menjenguk Cameron Highlands, terletak di sebelah kanan jalan dari Tanah Rata menuju ke Tapah.
1. SubhanAllah...pemandangan yang tak pernah jemu dilihat! Nampak aliran sungai di bawah tu? Jom kita ke sana!
2. Cara nak ke bawah sana? Jalan kaki ya, takde pengangkutan disediakan. Boleh turun ikut lereng bukit (macam para pengunjung tu), bolehlah kurangkan sikit jarak perjalanan. Atau ikut jalan yang disediakan. Yang pasti, dua-dua pun menguji kemampuan fizikal.
3. Dalam perjalanan...nampak karung guni berisi daun-daun teh yang telah dipetik. Perjalanan agak jauh dan memenatkan, tapi seronok sebab berada di tengah ladang teh yang menyegarkan. Memang asyik angkat monopod je...
4. Alhamdulillah...berjaya tiba buat kali ke-2 di sini. Tempat ni makin menarik berbanding kunjungan pertamasaya dahulu. Walaupun matahari menyinar garang, tapi udara masih terasa nyaman. Air sungainya jernih dan kelihatan bersih. Kami duduk santai di sini menikmati indahnya alam ciptaan Allah.
Jagung Susu dan Bunga Kering
Kat tajuk tak sebut pasal Strawberi pun kan, tapi saya catatkan juga di sini untuk rujukan akan datang. Bila pergi di luar musim cuti begini, bolehlah dapat Strawberi saiz besar dengan harga RM20 untuk 4 pek. Sangat puas hati, sebab puas makan dengan celupan coklat (celupan coklat saya buat sendiri dan bawak dari rumah, gara-gara tak yakin nak makan yang di jual kat Kea Farm tu. Cerewet tahap 7. Hahaa...)
Inilah Jagung Susu. Berbeza dengan Jagung Mutiara (yang terkenal di CH), Jagung Susu berwarna putih pada keseluruhannya. Kalau Jagung Mutiara, isinya warna kuning bercampur putih.
Saya tau pasal jagung ni pun dari blogger Tihara. Agak susah cari, sebab tak ramai yang jual. Akhirnya, dapatlah beli di kedai pakcik Velu. Harganya? RM5 setongkol. Mahalkan? Kalau yang saiz kecik RM3 setongkol. Nak merasa punya pasal, belilah 2 tongkol ni. Jagung ni tak perlu direbus tau, boleh makan macam tu je pun dah sedap atau kukus sekejap. Saya kukus sekitar 5 minit je, memang dah cukup sedap!
Ada cerita sikit, menurut pakcik Velu...Jagung Susu ni varieti baru yang memang ditanam di CH. Berbeza dengan Jagung Mutiara, ada yang dibawa naik dari Ipoh. Jika yang ditanam di CH, rasanya lemak manis.
"Bunga kering tahan 2 tahun!", kata si penjual di Kea Farm. Disebabkan teringin nak cuba, belilah jugak. Beli 2 bungkusan, dapat RM20. Katanya, jangan kena air dan boleh terus letak dalam pasu hiasan. Boleh tahan 2 tahun atau lebih.
Esoknya sampai rumah, bunga memang segar macam dalam gambar ni. Tapi batangnya dah tak segar dan melentok je bila diletak dalam pasu. Aduhai! Kena fikirkan kreativiti la pulak, memang tak buang sebab bunga elok cantik. Makanya...kalau korang ke CH dan nak beli, silalah pertimbangkan dulu ya.