Lakaran sejarah negara pada 1 Mac 2020...
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8, selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad.
-------------------------------------------------
Saya tak mau mengulas tentang isu politik, kerana saya sendiri tak memahami keributan yang berlaku. Apa pun, Alhamdulillah...proses peralihan kuasa berlaku dengan aman.
Berkenaan dua tokoh pemimpin ini, saya memiliki dua buah buku yang berkaitan khusus dengan mereka :
Buku DOKTOR UMUM - Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya masih belum berjaya menghabiskan bacaan walaupun setelah sekian lama. Sekarang dimuka surat 408. Saya ambil masa sebab perlu baca dengan perlahan untuk memahami setiap kejadian yang diceritakan. Lagi pulak, saya baca beberapa buah buku dalam satu jangka masa, bergantung kepada mood. Hahaa..masih nak bagi alasan ya!
Buku MUHYIDDIN - Kesinambungan Perjuangan Bermartabat. Sebuah buku lama kepunyaan Allahyarham Bapak saya, tercatat tarikh (tulisan tangan Bapak) '30/5/93' pada muka surat pertama buku. Masih belum saya baca, tapi tetap menyimpannya dengan niat akan membacanya. Atau sekurang-kurangnya sebagai kenangan saya kepada Bapak.
Ya Allah, rahmatilah tanah air kami yang tercinta ini...