Sebenarnya, tahun ni tahun yang merundum untuk entri blog saya sebab tak sampai 100 pun jumlah entri yang terhasil. Berbanding tahun-tahun sudah, saya masih mampu hasilkan 281 entri pada tahun 2012.
Tahun ni walaupun tak banyak entri, saya masih nak senaraikan DUA catatan yang saya rasa terbaik (saya suka, sebenarnya) untuk join segmen anjuran Diana Rashid ni. Iaitu :
- Suatu Senja Di Kuala Terengganu... Saya pilih catatan ni sebab ia antara pengalaman/memori terbaik saya, dapat tengok UAI depan mata secara tak sengaja! Yang lawaknya, saya siap kata UAI ni 'orang tua yang gigih kayuh basikal'! Klik je link kalau nak tau cerita lanjut.
- Daun Bidara Untuk Rawatan Gangguan Jin Catatan ni pulak saya pilih sebab ia berdasarkan pengalaman sendiri dan pertama kali menggunakan daun bidara untuk rawatan mak saya. Ia jugak antara lima entri yang sering dicari di blog saya.
Kalau korang nak join, boleh klik banner kat atas ya. Ni cuma segmen, bukan peraduan. Tapi seronok join, bolehlah kita imbau kembali apa yang kita tulis. Memang bukan yang terbaik di mata orang lain, tapi mungkin itulah yang terbaik di hati kita. Jom join! Tarikh tutup 25hb.