Quantcast
Channel: Titian Perjalanan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 907

Lumut dan Ikan Bilis Mata Biru

$
0
0
...sambungan catatan lalu...

2 JAN. 2015
Dari Menara Condong Teluk Intan, kami kini di berada di Lumut. Terus cari penginapan sebab hari dah pun gelap. Berpandukan GPS Axia (buat carian hotel terdekat), dengan mudah terpapar senarai hotel. Ada yang tertera nombor telefon, kami telefon beberapa buah hotel untuk bertanyakan harga. 

Akhirnya kami pilih untuk ke GM Holiday Inn, sebuah hotel bajet. Hotel ni terletak di sebelah kiri jalan, jika kita menghala ke bandar Lumut / jeti ke Pangkor. Terletak di blok rumah kedai yang telah diubah suai menjadi hotel. Di blok yang sama, terdapat beberapa buah hotel bajet lain. Ada yang semurah RM39 utk bilik standard. Pendek kata, di Lumut ni takde masalah nak cari penginapan. Memang senang jumpa sebab semua kat tepi-tepi jalan dan sekitar bandar Lumut. Pilih je ikut bajet dan tujuan kita.


Bilik kami - Deluxe King dengan kadar RM65. Agak puas hati. Masih ada ruangan yang cukup untuk solat. Cuma berbau kurang menyenangkan sikit, suami kata bau asap rokok. Bilik airnya pulak saya kurang selesa sebab tak berapa bersih. Takpe, duduk kejap je kan. Bagi yang berminat, boleh layari www.gmholidayinn.com.my atau hubungi 05-683 8898. Boleh je korang tengok bilik dulu, tak puas hati boleh tukar bilik. Kami sampai dah malam, tak larat dah.

Lepas dapat penginapan, baru keluar cari makan. Pun tak susah, sepanjang jalan tadi memang dah nampak tempat makan. Kami terus je ke Ikan Bakar & Steamboat Lumut, tak jauh dari hotel. Lepas makan, terus balik bilik.

3 JAN 2015
Sekitar jam 8 pagi kami check-out. Bersarapan di restoran berhampiran, deretan yang sama dengan hotel. Lepas tu terus ke bandar Lumut untuk beli hasil laut. Tak ke Pulau Pangkor pun, tiada dalam perancangan dan sebenarnya dah pernah pergi (14 tahun dulu lah!).

  
Di bandar Lumut, kami ke kedai Hasil Laut Jamilah, yang ni memang orang Melayu Muslim. Mana tau? Saya buat carian kat internet. Yang melayan kami pun seorang lelaki Melayu, pekerja katanya. Soalan pertama kami,'Yang mana satu IKAN BILIS MATA BIRU?'. Yelah, Lumut kan terkenal dengan ikan bilis mata biru. Rupa-rupanya, 'Semua ni ikan bilis mata biru. Beza pada saiz ada kecik ada besar, dan kualiti'. Tersenyum-senyum kami! Tahan ketawa sebenarnya. Baru tau! Tengok rupa macam ikan bilis biasa je, tak taulah mana dapat panggilan 'mata biru'. Tapi kalau ikan bilis yang halus putih tu memang matanya nampak biru. 

Tambah pekerja lelaki tu lagi, ikan bilis mata biru dari Lumut ni lebih sedap, kurang masin dan tak liat. Dari segi harga, berbeza ikut kualiti. Kalau korang ke Lumut bolehlah pergi kedai ni, lokasinya bersebelahan sekolah dan berhadapan Medan Tempat Letak Kereta Bertingkat.

Selesai membeli, penjelajahan diteruskan menuju ke Ipoh. Kita bukak buku peta sebagai panduan tempat-tempat yang bakal dilalui dan set GPS untuk bantuan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 907

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.