Pagi tadi semasa saya buka blog sendiri, terpapar iklan AdSense ‘Nikah Thailand…’ di bahagian bawah entri. Ishh…tak suka pulak saya tengok ada iklan gini di blog saya 🙄
![]() |
Hidup jangan lari dari masalah, juga jangan cipta masalah baru (‘nikah lari’). |
Apa-apa iklan yang menurut saya menjurus kepada perkara tak bagus dan juga iklan memaparkan model dengan pakaian tak sopan, saya akan buat sekatan.
Bagi yang belum tahu, begini caranya :
Buka dashboard blogger ➡️ klik Earnings➡️ klik View Earnings➡️ klik pada tiga garisan atas kiri ➡️ klik Brand Safety➡️ Content➡️ Ad Review Center
![]() |
Paparan pada Ad review center. |
Ada banyak cara untuk kita cari balik iklan yang kita tak suka tadi. Biasanya saya buat carian teks - taip satu perkataan yang ada pada paparan iklan. Contoh di atas, saya taip ‘nikah’. Terus keluar iklan yang dicari. Lepas tu kita klik pada 🚫. Selesai.
Antara iklan yang saya dah sekat (selain iklan ‘Nikah Thailand…’) - iklan Bible percuma dan iklan percutian dengan model berpakaian renang yang tidak sopan.
Selain membuat sekatan pada iklan yang dah terpapar di blog, saya juga buat sekatan bagi iklan yang bakal dipaparkan. Yang ini boleh dibuat pada bahagian Blocking Controls (Sensitive categories & general categories). Nak tahu lanjut? Baca DI SINI.
Hal begini terpulanglah kepada pendirian kalian ya, nak benarkan iklan macam mana yang terpapar di blog. Bagi saya, selagi boleh kawal maka saya kawal apa yang terpapar. Pernah suatu ketika saya rasa leceh nak pantau dan sekat iklan tertentu, maka saya ‘tidurkan’ saja AdSense.
Boleh beritahu saya jika kalian buka blog saya keluar paparan yang kurang manis ya. Tinggalkan komen atau isi contact form di bahagian bawah blog.
.