Inilah sebabnya mengapa saya dan Encik Suami perlu bergerak awal pagi Sabtu dari Perlis balik ke Pulau Pinang (PP) - saya ada janji temu kedua rawatan susulan bagi penyakit gusi dengan doktor Freeda. Kali terakhir saya bertemu beliau adalah pada bulan Oktober 2022.
Janji temu selepas 6 bulan sepatutnya pada bulan April 2023 lalu, tapi tertangguh membawa kepada tarikh 22 Julai 2023, hari Sabtu pukul 12.30 tengah hari. Silap saya tak perasan tarikh pada bulan April tu rupanya pada minggu raya puasa, kami masih bercuti raya di Johor.
LOKASI BARU
Kunjungan kali ini klinik dah bertukar lokasi dari Bayan Lepas ke Pulau Tikus, George Town. Terasa susah sungguh perjalanan ke klinik disebabkan kesesakan lalu lintas di George Town. Nak cari ruang parkir pun sangat susah 😥
Lokasi klinik di Jalan Burma, Pulau Tikus, George Town.
Klinik baru dengan ruang lebih luas.
RAWATAN SUSULAN
Tujuan rawatan susulan adalah bagi memastikan gusi saya berada dalam keadaan baik, kekal bebas daripada penyakit gusi.
Proses rawatan kali ini berlangsung sekitar 30 minit saja, paling sekejap rasanya sepanjang saya berjumpa dengan doktor Freeda. Sebab kali ini doktor cuma lakukan prosedur scaling. Ikatan gigi (splinting) pun masih berkeadaan baik, tak perlu dibaiki atau diganti. Kos bagi rawatan kali ini sebanyak RM350. Saya catatkan secara terperinci di blog untuk tujuan rekod rujukan sendiri.
Alhamdulillah doktor maklumkan semuanya berkeadaan baik, cuma perlu teruskan rawatan susulan setiap 6 bulan sekali. InsyaAllah janji temu seterusnya pada awal Februari 2024.
Saya ada menerima beberapa pertanyaan menerusi e-mail dan juga di ruangan komen pada entri lepas. Ramai yang ada masalah serupa tetapi tak tahu di mana nak mulakan rawatan. Bagi yang nak tahu, boleh klik DI SINI untuk membaca catatan pengalaman rawatan gusi saya sejak Februari 2022.
.