Quantcast
Channel: Titian Perjalanan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 907

Catatan 2 - 6 Ogos 2023

$
0
0
Alhamdulillah saya kembali mencoret di blog setelah 6 hari terpaksa menyepi diri. Selama 4 malam bermula hari Rabu sehingga hari Ahad lalu saya berada di rumah kami yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan (NS). Encik Suami ada urusan di kawasan berhampiran, jadinya kami menginap sajalah di rumah NS sehingga hujung minggu sambil menyelesaikan beberapa hal sendiri.

Memang lebih selesa menginap di rumah sendiri berbanding di hotel. Cuma masalahnya liputan talian telefon dan internet di sini sangatlah mengecewakan. Tak stabil. Nak hantar mesej WhatsApp pun kadang ambil masa, apa lagi nak berblog memang susahlah. Tak mahu sakit hati, saya fokus saja pada hal lain yang tak memerlukan talian internet.


CATATAN 2 - 6 OGOS 2023

2 Ogos, pukul 3 petang | Terowong Meru, Perak
Perjalanan dari Pulau Pinang (PP) menuju arah KL kali ini sangat mencabar dek kerana banyak halangan di lebuh raya. Aliran trafik bergerak sangat perlahan di beberapa lokasi, ada kemalangan dan kerja-kerja penyelenggaraan jalan. Kami keluar dari rumah PP waktu tengah hari dan tiba di rumah NS waktu malam (termasuk berhenti solat & makan). Badan terasa sangat letih!

Sisi bagusnya (bila trafik bergerak perlahan), buat pertama kalinya saya dapat betul-betul memerhati suasana di dalam terowong Meru. Barulah saya perasan di bahagian tengah terowong terdapat satu laluan menuju ke terowong sebelah, iaitu terowong Menora. Selepas keluar dari terowong pula, saya dapat memerhatikan bunga orkid hutan (yang biasa dapat di lihat di tepi jalan di Cameron Highlands) dan tumbuhan periuk kera bergantungan di lereng bukit. Cantik!

Pajam, NS
Bahang suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 hangat terasa. Sana sini meriah dengan kibaran bendera. Serabut pulak mata saya memandang, lebih lagi bila terlalu banyak bendera dipacak di simpang jalan utama yang sesak dan sibuk dengan kenderaan.

Saya berharap suatu masa nanti, suasana pilihan raya kita tidak lagi perlu kepada ‘perang bendera’. Selain soal serabut mata memandang, apa yang lebih penting adalah berkenaan pembaziran wang dan keselamatan jalan raya. Zaman dah berubah, manfaatkan saja teknologi atau kaedah lain yang lebih bagus.

Sushi King, Aeon Mall Nilai.
Pertama kali saya cuba makan di restoran makanan Jepun - Sushi King. Selain hidangan di atas, ada dua jenis makanan lain yang tak ikut berfoto. Semuanya habis kami makan, maksudnya tekak saya boleh terima. Tetapi nampaknya ini bukanlah jenis makanan yang memenuhi cita rasa saya. Tak rasa nikmat macam makan masak lemak cili api atau menghirup kuah tom yam 😅

Donut peach / flat peach.
Balik dari kerja pada hari Khamis, Encik Suami bawa balik buah yang heboh diperkatakan orang ni. Yang lucunya, Encik Suami tak tahu langsung pasal buah ‘donut peach’😄. Encik Suami beli sebab ternampak buah yang tak pernah dilihat ni di kedai buah MBG.

Harganya RM79.90 per kg. Encik Suami beli 3 biji dengan harga RM24.60, cukuplah buat kami berdua merasa. Diberi juga percuma 3 biji buah oren Navel.

Jadinya, sedap ke tak buah ‘donut peach’? Kulit luarnya warna kemerahan dengan tekstur macam baldu, isinya lembut berjus, berbau wangi dan manis rasanya. Bijinya kecil je. Masya Allah, sangat sedap! Kena makan buah yang cukup merah, barulah betul-betul sedap. Ada sebiji kami makan kulitnya kurang merah, jadinya kurang manis dan kurang wangi.

Dapat oleh-oleh dari jiran setaman yang baru balik menunaikan haji. Alhamdulillah rezeki. Segan juga saya, dah lebih tiga tahun tak menetap di rumah NS tapi masih menerima kebaikan daripada jiran di sini.

6 Ogos, pukul 1 petang | R&R Jejantas Sg. Buloh, Selangor
Dalam perjalanan balik ke rumah PP, kami singgah makan dan solat di R&R. Saya pilih meja makan menghadap lebuh raya. Mula-mula seronok jugak sebab dapat tengok pemandangan lebuh raya dari kedudukan tinggi. Tapi lama-lama macam pening kepala pulak tengok kenderaan bergerak dari dua hala 😄

Alhamdulillah perjalanan balik lancar. Tak banyak kenderaan menuju ke utara pada hari Ahad. Juga tak ada kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan tak banyak kenderaan berat.

Semalam (hari Isnin) badan rasa kurang sihat, jadi saya berehat sajalah. Hari ini dah sihat, bolehlah kembali berblog 😊






.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 907

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.