Quantcast
Channel: Titian Perjalanan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 909

Flightradar24 - Live Flight Tracker

$
0
0
Pernah dengar berkenaan Flightradar24?
Apa itu Flightradar 24? 
Flightradar24 ialah perkhidmatan berasaskan internet dari Sweden yang menunjukkan maklumat penjejakan penerbangan pesawat pada masa nyata pada peta.
Ia termasuk maklumat pengesanan penerbangan, asal dan destinasi, nombor penerbangan, jenis pesawat, kedudukan, ketinggian, tajuk dan kelajuan. 
Ia juga boleh menunjukkan tayangan semula selang masa bagi trek sebelumnya dan data penerbangan sejarah oleh syarikat penerbangan, pesawat, jenis pesawat, kawasan atau lapangan terbang. 
Ia mengagregatkan data daripada pelbagai sumber, tetapi, di luar Amerika Syarikat, kebanyakannya daripada pengumpulan maklumat sumber ramai oleh sukarelawan dengan penerima ADS-B dan daripada penerima ADS-B berasaskan satelit. (Sumber : wikipedia)

Memang menarik! Nak gunakan perkhidmatan mereka pun cukup mudah, boleh terus ke laman web https://www.flightradar24.com/ atau install aplikasi Flightradar24 Flight Tracker. Lepas tu akan keluar paparan trafik pesawat yang sedang berada di udara. Kita boleh buat carian dengan memasukkan info seperti nombor penerbangan, laluan dan syarikat penerbangan. Atau klik je mana-mana pesawat yang ada untuk mengetahui maklumat penerbangan pesawat tersebut.

Kita boleh gunakan perkhidmatan yang asas secara percuma, tapi kalau nak maklumat penerbangan lebih terperinci perlulah melanggan pelan langganan seperti berikut :

Flightradar24 - Live Flight Tracker
Pelan langganan Flightradar24 (screenshot dari laman web Flightradar24). Klik untuk paparan lebih jelas.


MENJEJAKI PENERBANGAN PESAWAT ENCIK SUAMI

Pada hari Jumaat 6 Oktober lalu, Encik Suami menaiki pesawat Air Asia penerbangan dari Pulau Pinang ke Jakarta. Disebabkan saya tak ikut, saya pun sajalah buka Flightradar24 di laman web untuk menjejak pesawat yang dinaiki Encik Suami.

Lepas tu terfikir pulak nanti nak tengok dari balkoni rumah kot nampak pesawat tersebut. Memang biasa saya nampak pesawat sedang melalui ruang udara di tempat tinggal saya ni, kadang rajin saya check Flightradar24 saja nak tahu pesawat menuju ke mana.

Saya gunakan perkhidmatan yang percuma dan tak log in. Inilah hasilnya…

Flightradar24 - Live Flight Tracker
Foto kiri | Pukul 8.07 pagi pesawat sudah berlepas. Paparan menunjukkan tiada pesawat lain sedang melalui ruang udara di kawasan sekitar. Mudahlah saya nak cari di langit nanti sebab memang tak ada penerbangan lain masa ni.

Foto kanan | Paparan laluan pesawat tersebut. Semasa saya screenshot ni pesawat dah berada di ruang udara negeri Perak. Barulah nampak jelas laluan pesawat yang juga melalui ruang udara rumah kami di Simpang Ampat (saya tandakan dengan warna kuning).

Klik foto untuk paparan lebih jelas.
Pukul 8.09pagi kelihatan pesawat memasuki ruang udara kawasan rumah kami. Teruja sungguh! Dengan pantas saya cuba merakam foto pesawat dari kejauhan. Tapi tak mudah sebab ia bergerak dengan pantas dan sesekali menghilang dibalik awan. 

Foto kiri | Pukul 8.10pagi berjaya merakam foto pesawat (dalam bulatan). Satu lagi objek berhampiran tu merupakan seekor burung.

Foto kanan | Hasil zoom-in. Memang nampak jelas ekor pesawat milik Air Asia.

Dalam tempoh seminit je pesawat ni lalu depan mata saya dan kemudian menghilang dari pandangan. Sempatlah saya melambai ke udara sambil menjerit “Babai abang…!”. Eh tak, saya tak buat gitu pun ya 😆

Saya rasa teruja bercampur lucu pulak sebab boleh nampak pesawat yang dinaiki Encik Suami sedang terbang di ruang udara dengan entah berapa ketinggiannya. Ini semua rezeki disebabkan tiada penerbangan lain, rumah saya pulak di aras tinggi menghadap bahagian pulau Pulau Pinang tanpa sebarang halangan pandangan dan juga faktor cuaca cerah kurang berawan.



Hasil screen recorder berdurasi 16 saat (asalnya lebih panjang, saya percepatkan) memaparkan secara live kesibukan trafik udara. Pesawat warna merah tu yang membawa Encik Suami menuju ke Jakarta.

Imbas kembali - semasa pandemik COVID-19 di mana tiada penerbangan keluar masuk, sesekali saya nampak pesawat melalui ruang udara rumah kami. Bila saya check di Flighradar24 ia adalah pesawat syarikat kurier.






.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 909