Quantcast
Channel: Titian Perjalanan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 907

Setelah 12 Hari

$
0
0
Kembali Ke Rumah Perlis Setelah 12 Hari 12 Malam
Catatan rekod paling lama setakat ini, kami tinggalkan rumah Perlis selama 12 hari 12 malam mulai hari Khamis 8 Februari pukul 7 pagi dan kembali pada hari Selasa 20 Februari kira-kira pukul 5.30 pagi😅

Balik kampung di Johor cuma 2 malam, manakala 9 malam tu saya menetap di rumah NS untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan balik kampung dan juga atas urusan kerja Encik Suami. Satu malam lagi kami berada atas jalan, siap tidur entah 4 atau 5 kali di hentian dek nak menghilangkan rasa mengantuk.

R&R Bukit Gantang, salah satu hentian tempat kami melelapkan mata. Buka tingkap sedikit dan matikan enjin. Suasana tenang dan agak lengang. Pengalaman baru buat kami, tidur dalam kereta di beberapa hentian dan menyaksikan pengorbanan para pemandu kenderaan berat yang hanya melelapkan mata dalam kenderaan masing-masing.


Kembali Menikmati Keindahan Alam
Saya seorang yang suka menikmati alam semula jadi. Tempoh masa 12 hari meninggalkan rumah Perlis terasa lama. Tambahan pula hampir setiap hari saya buat ‘morning walk’, jadinya terasa ada sesuatu yang tak lengkap bila lama tak buat.

Petang hari pertama tiba di rumah, saya dan Encik Suami keluar jalan-jalan di sekitar rumah. Macam biasa, cara saya menikmati alam adalah dengan memerhati dan memotret.

Saya letak di sini foto dan video berikut sebagai kenangan :

Rumput kekeringan dek cuaca panas melampau dan taburan hujan yang sangat kurang (hampir tiada) di bumi Perlis ekoran musim angin timur. Setiap kali melangkah, saya boleh dengar bunyi derap rumput kering dipijak. Fenomena ini berlaku antara bulan Disember hingga Mac setiap tahun. Fakta ini saya ketahui hanya setelah menjadi sebahagian daripada penduduk Perlis 😄

sinaran krepuskular (crepuscular ray)
Pemandangan indah sinaran matahari dari celahan awan. Fenomena ini dikenali sebagai sinaran krepuskular (crepuscular ray).

Sinaran krepuskular ialah sinaran cahaya matahari yang terbentuk apabila matahari berada rendah di ufuk ketika sedang terbenam atau terbit dan dilindungi oleh gunung-ganang atau awan yang rendah. (Sumber info dan bacaan lanjut di laman web MYSA).

Bunga liar yang menarik perhatian saya.

Terpesona saya memerhatikan pokok lalang meliuk dibuai angin yang agak kuat.

Rasa seronok dan tenang jiwa saya dapat memerhatikan alam. Terima kasih Allah atas kurniaan nikmat hidup di tempat yang sesuai dengan jiwa saya meskipun ada beberapa hal lain yang perlu saya terima seadanya.






.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 907

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.