Quantcast
Channel: Titian Perjalanan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 907

Musim Angin Timur Perlis | Cuaca Panas Melampau, Kemarau dan Angin Kuat

$
0
0
Masih entri berkenaan musim angin timur di Perlis. Loghat tempatan sebut‘angin timoq’. Kali ini saya catatkan berkenaan pengalaman saya yang pertama kali tahu dan merasai sendiri fenomena musim angin timur yang berlaku di Perlis.

Selama ini saya cuma mengetahui bahawa Monsun Timur Laut di Malaysia yang berlaku sekitar November hingga Mac setiap tahun membawa hujan lebat (musim tengkujuh). Tetapi fenomena hujan lebat tidak berlaku di negeri Perlis, sebaliknya negeri ini mengalami musim kemarau

Hasil carian internet, rata-rata penulisan mengaitkan musim angin timur di Perlis dengan suasana berangin sepanjang masa, suhu sejuk pada waktu malam membawa ke pagi dan pemandangan indah seakan musim luruh. Sesuatu yang seronok didengar dan dinikmati.

Catatan saya ini pula akan membawa sisi yang berbeza, iaitu sesuatu yang mungkin kurang seronok didengar, dilihat dan dilalui sendiri. Sekurang-kurangnya lebih ramai tahu apa yang berlaku di negeri paling kecil dan paling utara di Semenanjung Malaysia ini.


CUACA PANAS MELAMPAU + KERING (KEMARAU) + TIUPAN ANGIN KUAT = KEBAKARAN


Kebakaran kebun/ladang/hutan/belukar, inilah yang terjadi bermula sekitar penghujung Disember 2023. Kemuncak kejadian kebakaran terbuka ini berlaku sekitar pertengahan Januari hingga pertengahan Februari lalu, di mana boleh dikatakan setiap hari berlaku kebakaran.

Setakat Februari lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis merekodkan sebanyak 231 kes kebakaran terbuka sejak musim kemarau melanda Perlis. (Sumber - Berita RTM, 28 Februari 2024).

Berikut merupakan sebahagian foto berkaitan keadaan kebakaran dan kemarau :

30 Januari 2024, 4.40 petang.
Keadaan ruang udara di rumah saya dipenuhi dengan asap kebakaran. Biasanya, kebakaran bermula pada waktu tengah hari atau petang.

Tiupan angin kuat bukan saja membuat api bertambah marak, malah menerbangkan debu kebakaran ke rumah saya dan penduduk sekitar. Ada kala saya terlambat menutup tingkap rumah, debu halus masuk melalui celahan jaring nyamuk dan mengotori lantai rumah.

4 Februari 2024, 4 petang.
Beginilah keadaan di salah satu tempat yang telah terbakar.

1 Mac 2024
Rumput dan semak di tepi jalan juga kekeringan dan terbakar.

Sekali pandang, seakan musim luruh yang indah. Hakikatnya, ini musim kemarau yang meresahkan terutamanya bagi para petani.

Keratan akhbar bertarikh 1 Mac 2024.

Info ringkas musim angin timur di Perlis :
  • Musim angin timur merujuk kepada fenomena angin tropika yang bertiup di negeri Perlis sekitar Disember hingga Mac setiap tahun. Ia juga dikenali sebagai musim kemarau (kurang taburan hujan).
  • Fenomena ini dipengaruhi oleh dua jenis iklim di Perlis, iaitu Khatulistiwa dan sub-tropika.
  • Tiupan angin kencang berterusan menyebabkan cuaca kering dengan suhu waktu siang menjadi lebih tinggi dan suhu waktu malam hingga awal pagi menjadi lebih rendah.
  • Sehingga 29 Februari 2024, Chuping mencatatkan bilangan hari tanpa hujan tertinggi di Malaysia iaitu selama 43 hari. Jumlah bilangan hari tanpa hujan itu direkodkan di Stesen Meteorologi Pertanian Chuping.
  • Berdasarkan pemerhatian sendiri (di tempat tinggal saya), suhu waktu siang mencecah 37℃ (pada 7 Februari 2024, 2.30 petang) dan waktu pagi suhu rendah 23 ℃ (pada 8 Februari 2024, 7.15 pagi).
  • Manakala tiupan angin dengan kelajuan 21 km/j (pada 22 Disember 2023, 3.20 petang). Hembusan angin kuat seakan bunyi ‘whoosh..’ dan siulan panjang menjadi sesuatu yang tidak asing di pendengaran saya.

Alhamdulillah beberapa hari terakhir ini cuaca tidak lagi terlampau panas. Cuaca lebih redup dan ada ketikanya mendung. Angin juga tidak bertiup kuat. Pada petang Selasa lalu, hujan lebat (tak sampai 10 minit) membasahi bumi. Walaupun cuma seketika, saya tetap gembira dan bersyukur melihat lantai luar rumah dibasahi hujan yang telah sekian lama ‘menghilangkan diri’.

Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya serta info carian di internet, maaf jika ada info yang tak begitu tepat. Saya cuba catat selengkap mungkin sebagai satu memori dan rujukan akan datang.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 907

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.