Masih belum terlewat untuk saya paparkan senarai 10 orang blogger yang paling banyak memberikan kata-kata mesra di blog ini sepanjang tahun lepas.
10 orang blogger yang paling mesra pada tahun 2024 :
Terima kasih tak terhingga buat blogger yang namanya tertera di atas kerana telah sudi menjadi sahabat blog saya yang paling mesra (baca : paling banyak meninggalkan komen).
Penghargaan khas juga ditujukan buat sahabat blog dari negara tetangga Indonesia - iaitu blogger Fanny dan blogger Mreneyoo kerana sering bertamu di blog ini walau mungkin ada sedikit halangan bahasa.
Tak dilupakan juga penghargaan buat semua blogger yang telah singgah memberikan kata-kata mesra di blog saya ini. Semoga persahabatan kita berpanjangan walau hanya bertemu melalui penulisan di blog.
*******
Sebagai tanda penghargaan, saya nak mengirim sedikit hadiah buat tiga orang sahabat blog yang paling mesra dan beralamat di Malaysia. Mohon maaf buat blogger Fanny kerana buat masa ini tak dapat membuat kiriman ke Indonesia.
Buat blogger NA, Puan Hazel dan Mulan, mohon berikan maklumat pengeposan menerusi e-mel : halifa02@gmail.com.
Sekali lagi, TERIMA KASIH buat semua sahabat blog yang telah memeriahkan blog ini dan menceriakan hari-hari saya. Semoga Allah kurniakan kalian dengan kebaikan di dunia dan akhirat 💙