Quantcast
Channel: Titian Perjalanan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 907

Kenduri Kahwin di ‘Loq Staq’ dan ‘Kokdiang’

$
0
0
Cerita hujung minggu lalu.

Saya dan Encik Suami ke Kedah bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan. Ini merupakan pengalaman pertama kami menghadiri kenduri kahwin di negeri Kedah.


Hari Sabtu | Loq Staq
Lokasi kenduri di sebuah masjid di Alor Setar (loghat tempatan sebut Loq Staq). Kami sampai awal sekitar pukul 12 lebih. Tetamu belum ramai, dapatlah saya mencuba pelbagai hidangan dengan tenang. Bangun beberapa kali untuk ambil makanan berbeza 😁

Sedap sungguh kuetiau goreng kerang dan cucur udang ni. Semuanya masih panas. Setiap makanan yang diambil kami kongsi berdua, kecuali makanan utama (nasi).

Ambil juga ABC dan kek karamel pelangi. Pun sedap! Ada pelbagai jenis makanan lain yang saya tak cuba, cukuplah ambil makanan yang betul-betul digemari je.

Berlaku kisah yang memalukan. Perhatikan - foto pertama tu ada peket tisu dan foto kedua peket tisu dah tiada. Kisahnya, kami makan di meja bersama tiga sekeluarga. Saya nampak peket tisu berada di tengah meja, jadi saya sangkakan itu tisu yang disediakan untuk tetamu. Saya pun ambil tisu tersebut sehelai dua.

Selepas mereka beredar, barulah saya sedar peket tisu tersebut kepunyaan mereka. Bila nak guna, eh…mana tisu tadi? Saya pandang meja lain, mana ada peket tisu atas meja. Ya Allah, rasa malu sangat 🤣. Logiknya, tak ada atau jarang sekali tisu disediakan di setiap meja tetamu biasa. Entah apa yang saya fikir masa tu. Harapnya tuan punya tisu tadi tak marah dan halalkan helaian tisu yang saya ‘curi’.


Hari Ahad | Kokdiang
Lokasi kenduri kahwin di sebuah rumah dalam suasana kampung di Kodiang (loghat tempatan sebut Kokdiang). Tak jauh dari lokasi Tapak Geowarisan Gua Kerbau yang kami kunjungi pada bulan Februari lalu.

Kenduri kahwin bertemakan ‘orang kampung’. Tuan rumah, ahli keluarga dan pengantin memakai pakaian yang sesuai dengan tema. Pelamin yang terletak di luar rumah juga dihias dengan kain batik, dulang mengkuang dan lain-lain barang yang sesuai tema. Ringkas tapi sangat menarik. Lagi pula rumah ini terletak bersebelahan dengan hamparan sawah padi yang menghijau, memang sesuai sangatlah!

Kami dapat cenderamata - bunga telur dan bungkusan kotak comel berisi sebotol kecil wangian.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 907

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.