Sebelum ke Chatuchak Weekend Market, kami bersarapan di Rotinis Halal Breakfast. Iaitu tempat di mana kami menikmati hidangan jamuan pada pagi hari raya Aidiladha. Tetapi saya tak pasti sama ada Bang Li (lelaki budiman yang menjemput kami makan) merupakan pemilik tempat ini atau tidak. Sewaktu kami bersarapan di sini, tak kelihatan kelibat beliau.
Kembali kepada cerita makan di Rotinis, pelanggan agak ramai pada pagi tersebut. Syukur masih ada meja kosong, bolehlah kami bersarapan di sini.
Kad menu dan borang pesanan tersedia di atas meja. Kita pilih dan tanda pada borang tersebut, lepas tu serahkan kepada pekerja kedai. Konsep layan diri.
Walaupun saya tergoda nak mencuba nasi kerabu, tapi kena tahan diri. Saya cuma memesan roti telur, risau pulak kalau makan beria (nasi kerabu) waktu pagi nanti perut meragam habis rosak program sehari π
. Encik Suami pula memesan roti bakar sapu kaya.
Tapi lepas tu pekerja kedai datang ke meja kami, memaklumkan pesanan kami yang berasaskan roti tak dapat dibuat. Stok roti habis. Akhirnya kami pilih hidangan Set C, kongsi berdua.
Minuman panas pilihan kami - teh tarik dan teh hijau. Tapi bila sampai, dapat empat cawan begini. Kami tanya pekerja kedai, katanya air teh o tu βfreeβ. Oh, percuma rupanya. Tak pasti percuma sebab beli dua jenis minuman tersebut atau sebab termasuk dalam hidangan set C. Mujur juga dapat air teh o, bolehlah saya tambah pada air teh tarik yang sangat manis pada deria rasa saya.
Hidangan Set C - dua keping roti canai, telur mata, kuah (macam kuah kari) dan hirisan bawang, cili & tomato. Bukan roti canai yang biasa kami makan. Satu warna kehijauan dan satu warna hitam π
Beginilah rupa roti canai pandan dan roti canai arang (charcoal). Roti pandan tu memang ada rasa pandan, tapi roti arang tu tidaklah rasa arang pun (eh, macam mana rasa arang? π). Saya rasa biasa je, tak ada rasa pelik. Walaupun ini cuma roti canai segera, Alhamdulillah lembut dimakan.
Kalau ada kesempatan, teringin juga saya nak mencuba hidangan lain. Tapi nampaknya cuma sekali itu sajalah kami sempat makan di Rotinis.
Rotinis terletak bersebelahan dengan Masjid Darul Aman, satu lorong dengan hotel Noursabah dan Asma Kitchen. Dibuka mulai pukul 7 pagi, mudahlah bagi yang nak mencari sarapan halal di awal pagi.
ββββββββββββββββββββββββ
ROTINIS HALAL BREAKFAST
Lorong Phetchaburi 7,
Ratchathewi, Bangkok,
Thailand.
.